Friday, 17 August 2012

Adamu- Najwa Latif

Assalamualaikum...

Oklah, aku x nak sembang panjang, letih dah. Hehe. Korang pernah tak dengar lagu Adamu daripada Najwa Latif. Lagu tu pada aku, sangat menenangkan fikiran, tambahan pula iramanya yang sungguh puitis. Ceh, berbahasa baku pulak! Okaylah, ini liriknya dan video serta link untuk mendownload.


Najwa Latif- Adamu Official Lyrics

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Download Link ( High Quality )-  http://www.4shared.com/mp3/k7lDbwIh/Najwa_Latif_-AdaMu.html

Akhir kata, baik korang dengar lagu2 unsur ketuhanan macam. Biarlah org nak kata musik x de kelazz ke, macam la deorang tu dengar lagu yang kelazz2 sgt!

Thursday, 16 August 2012

Ra...ra...Raya!

Woot....woot...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!!

Haa, lama dah kan aku tak hapdet blog aku ni. Nasib x bersawang..Hehehehe

Sedar x sedar sekarang dah masuk bulan 8 kan, Ya Allah cepat nya masa berlalu, skrg ni pon tgh dalam bulan Ramadhan, tapi sayangnye tinggal 1 hari je lagi. Sedih arr, banyak kebaikan dalam bulan ramadhan ni. Antaranya ialah balik awal kan. Budak2 sekolah macam aku ni suka arr. Tapi kalau orang bekerja, bengkak je arr tengok kitaorang kan! Nampak gaya nya, beberapa jam lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. So, kat sini aku nak cakap la kat korang Selamat Hari Raya.

Sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa, terlepas cakap, senang cite semuanya ter la..kita ni manusia, mana ada yang perfect kan sedangkan nabi pon ada buat salah. So, oleh yang demikian aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

So, raya tahun ni, haa, sebelum tu, mesti korang tertanya-tanya kan, warna apa baju aku?? Kalau dalam istilah sasteranya teknik saspen. Haa, baju aku tahun ni adalah warna ungu, Actually nak beli hijau, tapi xde yg berkenan sgt, ade tu ade la, tapi batik tenun kot, kopak poket haa!! So, aku amik la warna ungu. Tapi tahun ni xde la sampin kan. Okay, tu bab baju melayu pertama. Tahun ade 2 pasang doe, tapi semua warna gelap2. Yang pasang ke 2 ni warna hitam....haa, yang ni baru ade sampin. Songkok cam biasa la, malas nak beli, kasut pun x yah, kang balik kampung, ringan je tangan org2 yg dtg raya tu nak curi kan!
Okay, settle babak DIRI.

Babak kedua pulak, aku nak cerita pasal raya tahun ni jugak, tahun ni aku raya KL dulu. Mestilah kan...aku org KL, and the next day baru la aku balik kampung ayah aku di Penang sana. Bab di kampung ni, paling aku suka udara pagi. Sgt nyaman. So Refreshing. Harapan tahun ni dapat la bertambah duit raya kan. Hehehehe...Raya Didahulukan Duit Raya Diutamakan.

Siapa2 pembaca yang ade buat open house panggil la aku datang. Nak jugak datang rumah korang!

Haa, nak rayakan, rakan2 sebaya ku sekalian, kerja sekolah dah siap?? Haa, aku syorkan baik korang buat sekarang. Cepatt! Actually tujuan TS Muhyiddin Yassin buat cuti 2 hari extra ni bukan nye ape, nak menyenangkan para pelajar supaya buat kerja sekolah. Yela kan, Raya-raya jugak, kerja sekolah jgn lupa. Kalau malas, buat la sikit cam aku. Hahaha bangga pulak.

Okaylah, akhir kata Selamat Hari Raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Sekian, hingga bertemu lagi..

Wednesday, 14 March 2012

Slot Lestary TV3 : Vanilla Coklat

Hai, Assalamualaikum.
Apa khabar kawan2 semua. Wah, cuti2 ni mesti korang banyak abeskan masa dgn aktiviti2 yg best kan. Aku mcm biasalah, habiskan homework yg cikgu bagi. Pastu, update facebook, twitter, menziarahi youtube. Weh, korang baru lepas ujian kan, amacam ujian, agak2 boleh score x?

Oklah, aku pon tak nak sembang panjang actually. Just straight tu da point hokay.

Aku tau, cuti ni pasti ramai yg tertunggu2, bila lah hari Selasa ni sampai kan, korang nak tau kenapa hari Selasa tu penting?? Dan kenapa disebabkan hari selasa, aku sampai buat posting kat blogger ni?? Sebab nye pembaca2 sekalian, hari Selasa bersamaan dgn 13 Mac 2012, adalah merupakan hari penayangan episod akhir  drama di Slot Lestary TV3 iaitu Vanilla Coklat. Mesti korang tau ttg cite ni kan. Hero dia Aiman Hakim Ridza n heroin dia Izara Aishah. Haa..aku yakin korang sure tahu, sbb waktu first time cite ni keluar pon, 1 negara digemparkan. Hahahaha. No lah, im just joking uols. Oklah, so, balik pada cite tdi, malam semalam merupakan episod akhirnye, semalam, deorang sampai buat party besar-besaran di Rasta TTDI, aku yakin parking sure smpai tgh jalan, koz hari tu aku pegi pon, dah smpai tgh jalan, ni kan pulak, ade event lagi. Aku teringin nak pegi, nak amik gambar ngan barisan pelakon cerita tu, koz aku mmg minat sngt kat cite tu, oleh sebab jalan cerita yg menarik dan penggunaan pelakon2 muda. Sesuai ngan umur aku yg bru 16 thn ni. Oklah, aku malas nak cerita panjang sebab cerita ni is too sweet , as sweet as sweetie bun. hehehe. Kat sini aku attacgh sedikit gambar pelakon n link untuk tengok cerita penuh.

 Aiman n Izara


Vanilla Coklat Episod Akhir- Link dia yea. Dipersilakan tonton

Assalamualaikum

Wednesday, 21 December 2011

About Tomorrow..The PMR Result Day!

Assalamualaikum =)

Hah! Lame dah saya tak update blog ni. Rindu rasenye nak mengupdate, gatal tangan ni. Hehehe.

Entri kali ni, saya akan berceritakan tentang perasaan saya untuk hari esok. Biasalah kan, bila hari keramat nak tiba, saya berani bet, semua orang mesti berdebar2 kan. Tambah2 lak result peperiksaan ni. Hmm, tapi nak berdebar pon buat ape ye dakk? As my dad said just now la, buat ape nak semak2 perut sekarang pon coz bende tu skrg ni dah diprint pon. Dah simpan dalam sistem n ntah2 dah smpai sekolah pon. But, as a student korang sure la faham kan, mestilah berdebar nak tengok hasil yang telah mereka usahakan selama ini kan.

Bile dah tinggal 1 hari je lgi nih, kalau nak dikira betul2, tak sampai 24 jam pon..hehehe ( cakap macam ape je saye ni ). So, saye serahkan semuanya kepada Allah kerana saya dah usaha sekeras yang saya boleh. So, hopefully esok merupakan hari saya yang bahagia. Actually bukan nye tujuan saye nak result yang baik ni untuk bangga, sikit pon tak terlintas nak pikir macam tu, cume nak bagi yang terbaik kat ibu bapa saya. Tak sanggup nak hampakan mereka seperti mana dalam UPSR nnti. Oklah tu, xnak bicara panjang, takut nnti readers saya menyampah pulak.

So, akhir kata sari saya:

To all my beloved readers, please, please, please pray for me. And of course for the good result. Not only for me, but also, to all of the PMR Candidates 2011.

Best Regards Ever,
Amir


Sunday, 27 November 2011

Tuisyen Centre

Assalamualaikum=)
Haii!!

Hah, kali nih entri saya adalah berkenaan dengan perihal sekolah. Hehehe. Alhamdulillah, tadi saye dah pon pergi ke Pusat Tuisyen Elit Maju untuk pendaftaran tahun hadapan (2012) untuk sesi ting 4. Wauu, dah tingkatan 4 saya ye tahun depan. Mmm, rase baru je habis tadika..:P. Ape2 pon, saya bersyukur sangat sebab dah daftar kat pusat tuisyen tu, sebabnya, pusat tuisyen tu dengar cite bagus, so, pelajar2 kene daftar awal kalau nak belajar kat situ. Tempat die mmg selalu penuh arr. Ramai jugak kenalan2 saya yang belajar kat situ.

So, azam saya untuk tahun depan saya nak belajar bersungguh-sungguh. Kali ni bukan cakap kosong dah, saya nak buktikan kat ayah saya yang tak semestinya anak datuk or tan sri yang banyak duit je boleh cemerlang. Sebab die asyik cakap jer, tentang anak chairman die tu, belajar pandai. So, saya pon boleh macam tu, sebab saya pon manusia biasa, bukannye alient. Hehehe. Hopefully my pmr result yang akan keluar nnti ni, akan membuatkan ayah saya terpegun ( maksunye cakap2 saya tu bukanlah cakap kosong ). So, doakan saya ye.
Saya dah cakap dah ngan die, "okay, ayah nak saya dapat SPM bgus, untuk dapat kerja bgus kan??, so ayah pon kene janji kalau saya berjaya dapat ape yang ayah nak, ayah kene bagi saya kereta.":D. Hehehe. Jahat tak saya. Ye lah, adil what, saya pon ade permintaan saya jugak.

Cuti Sekolah yang Bosannnn~

Assalamualaikum=)
Hai!

Cuti sekolah..urmm, biasanya cuti sekolah ni merupakan waktu yang amat ditunggu-tunggu oleh budak2 sekolah terutamanya budak2 tadika, alah, budak menengah pon ape kurangnye kan? :P. Hmm, tapikan, pada pendapat saya la kan, tahun ni punye cuti sekolah sangat2 bosan lah. Sampai tak tau ape nak buat. Nak keluar, dah parents saya pulak suke dok umah. Secara jujurnya, saya memang tak tahu pon ape nak tulis kat Blogger, Twitter atau pon Facebook. Dan saya pon tak tahu ape nak buat sepanjang cuti ni. Sorry la, kalau dalam entri nih, ayat2 saya agak tunggang terbalik, mmg saya tengah tunggang terbalik pon skrg ni, bosan tahap gaban melanda diri saya. Balik2 buat bende yang sama. Main facebook, twitter, youtube, tengok tv, tido, makan. Tu je la kan.  Pergi bercuti pon macam tak bercuti pulak. Beriya-iya pulak demam kat hotel tu. Haish, nasib2.

Ape nak buat esok ni, ingat nak ajak2 ayah n ibu g jalan lah, tak leh tahan la dok umah ni, x de ape2 langsung, dah la saya pon x de kawan nak bersembang...Aloooooo, bosan la. Hopefully, deorang sudi la nak bawak saya jalan. Bosan ya amat tau dok umah ni. Deorang lain la, ade je tugas, kalau ibu, basuh baju la, gosok baju kerja, cuci rumah, ayah pulak, ade kerja ofis yang kene disiapkan, sayaaaaa?? Tak lain tak bukan kalau tengah bosan ni, makan je la kerja nya kan! Membesokan perut, n melabuhkan vonggong. Hehehe. Okla, dok tulis2 pon, kalau lama2 sngat sure la keluar tajukkan, nnti you all bosan lak baca I punya blog ni. Tak laku kang susah pulak. Hoho. :P Bye.

Wednesday, 23 November 2011

Menunggu Hari Mengambil Keputusan PMR

Assalamualaikum=)
Hai.

Hmm, entri kali nih saya nak cerita pasal PMR ni. Terlebih dahulu, saya nok ( bunyi Kelantan lah pulak..thee), saya nak ucapkan Tahniah atau dalam BI nye Congratulations kepada adik2 tahun 6 yang dah dapat keputusan UPSR mereka. Saya tumpang gembira atas kejayaan anda. Saya dulu 2A je..Ngeeeee~

Hohoho, nampaknye masih ade 1 bulan untuk saya enjoy sebelum dapat keputusan PMR. wahh, debar gak ehh. But, saya rasa saya dah buat yang terbaik. So, saya harap jugak pembaca2 sekalian dapat mendoakan kejayaan saya. Kejayaan saya adalah untuk dikongsi bersama ye..simpan bawah bantal x guna. Hehehe. Bukan ape, saya nak sangat cita2 saya untuk masuk ke aliran sains tulen pada tahun hadapan tercapai. Saya teringin sangat ngan aliran tu. Coz, pada saya, aliran tu sngat luar biasa, sesiapa yang masuk ke aliran tu kira dia aka dipandang tinggi la, dan orang nak cari pasal pon x boleh sebab diri dah ade ilmu baekk punya. Best kan!! Banyak lagi sebenarnya benefits die.

Dan, yang kedua nya, tujuan saya nak dapat keputusan yang baik..kalau lain daripada nak masuk aliran sains tulen tu..saya percayaa, setiap student pon, kalau dah dapat keptusan bagus sure nak hadiah dari parents bukan???So, saya nak macam tu la. Saya teirngin sangat nak....nak ape? iPhone la, saya minat iPhone tu since saya drjh6 lagi, tapi tak kesampaian dek kerana keputusan saya yang hanya 2A. Lagipun phone saya cuma phone yang rm 66 tu je. VGA camera je pon. Heohoho. So, saya harap sangat2, pembaca2 blog yg saya hormati, tolong la doakan saya. Tolong la. Dan juga tolong doakan apabila saya dah dapat keputusan yang baik, saya x akan riak. Saya takut sangat. Sebab nanti Allah tarik balik semua nikmat tu. Nauzubillah hi minzalik,.

regards,
AmiEr