Woot....woot...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!!
Haa, lama dah kan aku tak hapdet blog aku ni. Nasib x bersawang..Hehehehe
Sedar x sedar sekarang dah masuk bulan 8 kan, Ya Allah cepat nya masa berlalu, skrg ni pon tgh dalam bulan Ramadhan, tapi sayangnye tinggal 1 hari je lagi. Sedih arr, banyak kebaikan dalam bulan ramadhan ni. Antaranya ialah balik awal kan. Budak2 sekolah macam aku ni suka arr. Tapi kalau orang bekerja, bengkak je arr tengok kitaorang kan! Nampak gaya nya, beberapa jam lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. So, kat sini aku nak cakap la kat korang Selamat Hari Raya.
Sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa, terlepas cakap, senang cite semuanya ter la..kita ni manusia, mana ada yang perfect kan sedangkan nabi pon ada buat salah. So, oleh yang demikian aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
So, raya tahun ni, haa, sebelum tu, mesti korang tertanya-tanya kan, warna apa baju aku?? Kalau dalam istilah sasteranya teknik saspen. Haa, baju aku tahun ni adalah warna ungu, Actually nak beli hijau, tapi xde yg berkenan sgt, ade tu ade la, tapi batik tenun kot, kopak poket haa!! So, aku amik la warna ungu. Tapi tahun ni xde la sampin kan. Okay, tu bab baju melayu pertama. Tahun ade 2 pasang doe, tapi semua warna gelap2. Yang pasang ke 2 ni warna hitam....haa, yang ni baru ade sampin. Songkok cam biasa la, malas nak beli, kasut pun x yah, kang balik kampung, ringan je tangan org2 yg dtg raya tu nak curi kan!
Okay, settle babak DIRI.
Babak kedua pulak, aku nak cerita pasal raya tahun ni jugak, tahun ni aku raya KL dulu. Mestilah kan...aku org KL, and the next day baru la aku balik kampung ayah aku di Penang sana. Bab di kampung ni, paling aku suka udara pagi. Sgt nyaman. So Refreshing. Harapan tahun ni dapat la bertambah duit raya kan. Hehehehe...Raya Didahulukan Duit Raya Diutamakan.
Siapa2 pembaca yang ade buat open house panggil la aku datang. Nak jugak datang rumah korang!
Haa, nak rayakan, rakan2 sebaya ku sekalian, kerja sekolah dah siap?? Haa, aku syorkan baik korang buat sekarang. Cepatt! Actually tujuan TS Muhyiddin Yassin buat cuti 2 hari extra ni bukan nye ape, nak menyenangkan para pelajar supaya buat kerja sekolah. Yela kan, Raya-raya jugak, kerja sekolah jgn lupa. Kalau malas, buat la sikit cam aku. Hahaha bangga pulak.
Okaylah, akhir kata Selamat Hari Raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
Sekian, hingga bertemu lagi..
No comments:
Post a Comment