Wednesday, 9 November 2011

::Misteri Hari Jumaat::

Terdapat sebuah katil di dalam bilik ICU di sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang dimasukkan ke tempat itu pasti akan meninggal dunia pada hari Jumaat tanpa mengira umur, jantina, dan tahap kesihatan.

Perkara ini sngat membingungkan para doktor yang berkhidmat di situ. Lantaran itu, para doktor, membuat keputusan untuk memantau katil itu kerana mungkin ada makhluk halus di situ.

Kemudian, apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti sbb kematian pesakit yang berada di katil itu semasa pesakit itu sedang tidur..Para doktor dan para jururawat sedang sibuk membaca surah yassin dan ayatul-kursi. Tiba2, pintu bilik itu terbuka, kelihatan Mak Cik Timah, tukang cuci yang hanya bekerja pada hari Jumaat...Makcik Timah pon masuk.

Mendekati katil keramat itu, dia terus mencabut soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan untuk memasang soket vakum nya. Rupa2nya itulah punca berlaku kematian pada hari Jumaat.

Heehee..

No comments:

Post a Comment